Saturday 22 November 2014

KOMPONEN DAN PERALATAN YANG DIPERLUKAN DALAM PENDAWAIAN ELEKTRIK SERTA FUNGSINYA.

Bil.
Komponen
Fungsi
1.
Suis + tapak 

 

  • Merupakan sebuah peranti mekanikal yang berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik secara manual. Bagi suis sehala mempunyai punca Common "C" dan "L1"
2.
Mentol + tapak
 ( pemegang lampu )



  • Lampu - memberikan cahaya dan menunjukkan bahawa litar yang dipasang betul dan ada arus elektrik mengalir di dalamnya.
  • Pemegang lampu - digunakan untuk memegang mentol atau lampu.
3.
Kabel = L (merah), N (biru),
 E (hijau)


 
  • Untuk membuat pendawaian dalam litar dan perkakas elektrik.
  •  Sebagai pengalir yang mengalirkan arus elektrik ke seluruh litar.




























Bil.

Peralatan

Fungsi
1.
Paku Wiring



  • Digunakan untuk mengikat timah wiring yang digunakan dalam litar pendawaian.
2.
Skru

 

      
  • Digunakan untuk memegang dan memasang beberapa objek bersama.
3.
Timah Wiring


  • Digunakan untuk memegang beberapa jalur wayar untuk kekemasan.
4.
Tukul Warrington
 

  • Digunakan untuk membuat ketukan ringan.
  •  Untuk mengetuk paku kecil seperti paku wiring.
5.
Cordless Drill / Hand Drill

   

  • Digunakan untuk mengetatkan     dan melonggarkan skru benam sendiri.
  • Digunakan juga untuk menebuk  lubang kecil pada kayu dan  kepingan logam dengan memasang  mata gerudi pintal pada rahangnya.
6.
Pemutar Skru ( Screwdriver )



  •  Pemutar skru rata - digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang kepalanya berbentuk alur.
  • Pemutar skru Philips - digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang kepalanya berbentuk palang.
7.
Pena Ujian ( Test pen )

 

  • Digunakan untuk menguji dan mengesan kebocoran arus elektrik dan wayar hidup.
  • Digunakan juga untuk mengetatkan dan melonggarkan skru kecil.
8.
Pembaris
 
  • Untuk mengukur kabel yang digunakan dalam litar.
  • Untuk mengukur dan membuat garisan pada papan litar pendawaian.
9.
Kapur

 
  • Untuk melakar rajah skematik pendawaian elektrik pada papan.
10.
Playar Muncung Tirus


  • Digunakan untuk memegang benda kecil, membentuk dawai atau kaki komponen elektronik dan memotong dawai.
11.
Playar Gabung


  • Digunakan untuk kerja – kerja umum seperti memotong, memegang, mencengkam, membentuk dan membengkok.
12.
Pemotong sisi


  • Alat ini digunakan untuk memotong wayar dan memotong lebihan wayar pada punca tamatan.

3 comments: