TUJUAN PEMBELAJARAN :
Untuk memastikan pelajar mengetahui cara-cara pendawaian dan pemasangan yang betul dan sesuai seperti membuat kerja- kerja penandaan, membuat kerja- kerja mendawai, memasang alat kelengkapan pada pendawaian dan mengetahui cara untuk menguji sesuatu litar pendawaian.
Disamping itu juga, para pelajar akan mengetahui fungsi - fungsi bagi setiap komponen dan peralatan yang digunakan di dalam pendawaian suis satu hala mengawal dua lampu. Untuk mengetahui fungsi bagi setiap komponen dan peralatan sila rujuk pada entry ni.
Pertama sekali sebelum memulakan sesuatu pendawaian, para pelajar hendaklah memastikan langkah-langkah keselamatan semasa di dalam bengkel.
KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL
Keselamatan adalah suatu perkara yang sering dipandang ringan oleh semua orang, lantas langkah-langkah berjaga-jaga juga langsung tidak dipedulikan. Oleh itu, bagi memastikan keselamatan kita lebih terjamin kita perlulah mengetahui dan mengikut peraturan keselamatan di dalam bengkel atau makmal sebelum kita memasuki sesebuah bengkel atau makmal. Selain itu, peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa ke semasa.
LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN SEMASA KERJA PENDAWAIAN
Langkah 1: Keselamatan pada diri
1. Perlindungan mata perlulah dijaga semasa berada di tempat merbahaya , maka kita perlulah memakai alat perlindungan mata.
2. Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja , iaitu lengan baju yang panjang mesti digulung hingga ke atas siku.
3. Gunakan kasut yang bertutup dan bertapak getah semasa bekerja di dalam bengkel.
4. Gunakan pakaian pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan.
5. Elakkan berambut panjang , jika berambut panjang , rambut mestilah diikat atau disepit supaya tidak menganggu sewaktu membuat pendawaian.
6. Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti jam,rantai emas, loket , cincin dan lain-lain lagi.
Langkah 2: Keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja mendawai
1. Keselamatan adalah merupakan sesuatu yang paling penting di dalam melakukan sesuatu pendawaian elektrik kerana ia melibatkan bekalan daripada sumber elektrik.
2. Semasa menjalankan kerja , para pelajar hendaklah sentiassa mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan ataupun kecederaan semasa membuat pendawaian.
3. Semasa menjalankan kerja juga janganlah kita bersikap cuai atau tidak bekerjasama untuk memastikan tidak berlaku kemalangan yang tidak diingini.
Langkah 3 : Keselamatan semasa menggunakan peralatan dan alatan di dalam bengkel
1. Setiap alatan perlulah digunakan dengan betul.
2. Jangan menggunakan peralatan yang rosak atau alat yang telah diubahsuai.
3. Pastikan menggunakan peralatan dengan mengetahui cara penggunaanya.
4. Pastikan menggunakan peralatan dan alat yang telah disahkan oleh SIRIM atau Suruhan Tenaga.
Nice! Pinjam copy ya (y)
ReplyDeleteawesome..
ReplyDeleteboleh kenal 01111268761
ReplyDeleteACTIVE LAGI X BLOG NI
ReplyDelete🇲🇾✌✌👏👍
ReplyDelete