Thursday 11 December 2014

LANGKAH - LANGKAH PENDAWAIAN ELEKTRIK


 LANGKAH - LANGKAH BAGI PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN LITAR  SUIS SEHALA MENGAWAL DUA LAMPU. 



Sebelum kita mengulas lebih lanjut lagi mengenai langkah-langkah membuat pendawaian elektrik ini, hendaklah kita ketahui langkah-langkah asas semasa membuat pendawaian elektrik ini. Ia adalah bertujuan untuk membantu para pelajar dalam memahami bagaimana cara untuk membuat sesuatu pendawaian nanti.

Berikut adalah langkah-langkah asas untuk melakukan pemasangan dan pendawaian bagi suis sehala mengawal dua lampu :

1. Melakar litar pendawaian pada "bay wiring" berdasar litar skematik yang disediakan.
2. Menyediakan peralatan dan bahan yang digunakan berdasarkan litar skematik. 
3. Mengira panjang kabel yang hendak digunakan dalam pendawaian berdasarkan lakaran litar pendawaian dan litar skematik. 
4. Membuat pendawaian berdasarkan peraturan IEE. 
5. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.


Lakaran litar skematik pada "Bay Wiring"

Peralatan yang perlu digunakan

Kabel 

Setelah kita mengikuti langkah - langkah diatas barulah kita boleh memulakan sesuatu pendawaian dan pemasangan. Pendawaian pada kali ini adalah bagi suis satu hala mengawal dua lampu.


 LANGKAH 1 - Pasang tapak suis dan pemegang lampu 


                
Memasang tapak suis dan pemegang lampu dengan menggunakan Hand Drill berserta skru.



 LANGKAH 2 - Susunatur sambungan kabel pada litar


Membuat susunatur bagi penyambungan kabel "Life" daripada Kotak Fius Agihan (KFA) ke suis (S1) seterusnya ke beban iaitu lampu (L1 dan L2) kemudian diikuti dengan kabel "Neutral" dan "Earth" daripada KFA ke beban iaitu lampu (L1 dan L2). Pastikan penyambungan kabel mengikuti litar pendawaian yang telah dilukis. Susunatur ini bertujuan untuk memudahkan pelajar supaya tidak keliru dalam membuat penyambungan dan pemasangan nanti.

Kabel berwana merah mewakili kabel "Life", biru "Neutral" dan hijau "Earth"



 LANGKAH 3 - Pemasangan kabel menggunakan klip timah dan paku


Terlebih dahulu pastikan sambungan bagi kabel "Life" , "Neutral" dan "Earth" berada di sambungan yang betul.

Kemudian susun kabel dan pakukan klip timah pada kabel sebelah kiri dan seterusnya diikuti dengan sebelah kanan.




 LANGKAH 4 - Membuat penyambungan kabel "Life" pada suis dan beban


Kabel "Life" daripada punca bekalan iaitu KFA akan disambungkan ke terminal "C" yang terdapat pada suis satu hala. Kemudian pada terminal "L1" akan disambung ke beban iaitu Lampu (L1 dan L2).





 LANGKAH 5 - Membuat penyambungan kabel "Neutral" dan "Earth" 


Kabel "Neutral" dan " Earth" daripada punca bekalan akan disambungkan kepada beban lampu iaitu (L1 dan L2).




 LANGKAH 6 - Membuat pengujian litar


Langkah terakhir adalah membuat pengujian litar untuk memastikan samaada litar berfungsi ataupun tidak.




Untuk mengetahui lebih lanjut sila lihat VIDEO dibawah.. :)





10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tentang suis lampu..nk bljar..

    ReplyDelete
  3. Jika perlukan wiring sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, boleh hubungi sy. Berpengalaman 18 tahun dalam wiring. Harga berpatutan..
    Ni nmbor hp sy 0192544197...avaiable 24jam...nama sy Azri.
    Terima kasih tuan tanah.

    ReplyDelete
  4. Jika perlukan wiring sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, boleh hubungi sy. Berpengalaman 18 tahun dalam wiring. Harga berpatutan..
    Ni nmbor hp sy 0192544197...avaiable 24jam...nama sy Azri.
    Terima kasih tuan tanah.

    ReplyDelete
  5. masih guna nmbo yg sama ke kak?

    ReplyDelete
  6. Nizam wiringman 0172711522 0126338814

    ReplyDelete
  7. Bos cmne nk bgi hdup lmpu 5 suis api msuk..bile on lmpu tk hdup..sbb sblum ni berasap

    ReplyDelete
  8. Casinos near me - Jetblue Casino and Resort
    Visit JT 순천 출장안마 at 원주 출장안마 our JT Hotel & Casino in Fort Worth. With 16 hotel rooms and suites, 강릉 출장마사지 great views and great service, JT is 김천 출장샵 where 광명 출장마사지 locals go.

    ReplyDelete