Saturday, 13 December 2014


JAWAPAN

Quiz 1

1. Merupakan sebuah peranti mekanikal yang berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik secara manual. Bagi suis sehala mempunyai punca Common "C" dan "L1".

2. Pembaris keluli dan Kapur


3. Digunakan untuk menguji dan mengesan kebocoran arus elektrik dan wayar hidup. Digunakan juga untuk mengetatkan dan melonggarkan skru kecil.



Quiz 2


1.  Menggunakan kasut yang bertutup dan bertapak  getah dan memakai pakaian pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan.


2. Suruhan Jaya Tenaga, SIRIM dan IEE.



Quiz 3


1.   1. Melakar litar pendawaian pada "bay wiring" berdasar litar skematik yang disediakan.

     2. Menyediakan peralatan dan bahan yang digunakan berdasarkan litar skematik. 
     3. Mengira panjang kabel yang hendak digunakan dalam pendawaian berdasarkan lakaran litar             pendawaian dan litar skematik. 
     4. Membuat pendawaian berdasarkan peraturan IEE. 
    5. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

2. TIDAK



Friday, 12 December 2014

Quiz 3

1. Jelaskan langkag-langkah asas yang perlu dilakukan semasa pemasangan dan pendawaian litar elektrik?

2. Adakah penyambungan pada suis memerlukan kabel "Neutral" atau "Earth"?
    YA atau TIDAK

Jawapan


Sila klik DISINI
Quiz 2

1. Jelaskan pemakaian yang sesuai digunakan semasa berada didalam bengkel.

2. Setiap peralatan, alatan serta komponen yang digunakan dalam pendawaian hendaklah mengikuti piawaian daripada?


Jawapan


Sila klik DISINI

QUIZ DAN LATIHAN

Quiz 1

1. Nyatakan fungsi bagi suis sehala ?

2. Nyatakan peralatan yang diperlukan untuk kerja-kerja menanda pada "Bay Wiring".

3. Nyatakan fungsi bagi Pena Ujian (Test Pen).


Jawapan

Sila klik DISINI

Thursday, 11 December 2014

LANGKAH - LANGKAH PENDAWAIAN ELEKTRIK


 LANGKAH - LANGKAH BAGI PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN LITAR  SUIS SEHALA MENGAWAL DUA LAMPU. 



Sebelum kita mengulas lebih lanjut lagi mengenai langkah-langkah membuat pendawaian elektrik ini, hendaklah kita ketahui langkah-langkah asas semasa membuat pendawaian elektrik ini. Ia adalah bertujuan untuk membantu para pelajar dalam memahami bagaimana cara untuk membuat sesuatu pendawaian nanti.

Berikut adalah langkah-langkah asas untuk melakukan pemasangan dan pendawaian bagi suis sehala mengawal dua lampu :

1. Melakar litar pendawaian pada "bay wiring" berdasar litar skematik yang disediakan.
2. Menyediakan peralatan dan bahan yang digunakan berdasarkan litar skematik. 
3. Mengira panjang kabel yang hendak digunakan dalam pendawaian berdasarkan lakaran litar pendawaian dan litar skematik. 
4. Membuat pendawaian berdasarkan peraturan IEE. 
5. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.


Lakaran litar skematik pada "Bay Wiring"

Peralatan yang perlu digunakan

Kabel 

Setelah kita mengikuti langkah - langkah diatas barulah kita boleh memulakan sesuatu pendawaian dan pemasangan. Pendawaian pada kali ini adalah bagi suis satu hala mengawal dua lampu.


 LANGKAH 1 - Pasang tapak suis dan pemegang lampu 


                
Memasang tapak suis dan pemegang lampu dengan menggunakan Hand Drill berserta skru.



 LANGKAH 2 - Susunatur sambungan kabel pada litar


Membuat susunatur bagi penyambungan kabel "Life" daripada Kotak Fius Agihan (KFA) ke suis (S1) seterusnya ke beban iaitu lampu (L1 dan L2) kemudian diikuti dengan kabel "Neutral" dan "Earth" daripada KFA ke beban iaitu lampu (L1 dan L2). Pastikan penyambungan kabel mengikuti litar pendawaian yang telah dilukis. Susunatur ini bertujuan untuk memudahkan pelajar supaya tidak keliru dalam membuat penyambungan dan pemasangan nanti.

Kabel berwana merah mewakili kabel "Life", biru "Neutral" dan hijau "Earth"



 LANGKAH 3 - Pemasangan kabel menggunakan klip timah dan paku


Terlebih dahulu pastikan sambungan bagi kabel "Life" , "Neutral" dan "Earth" berada di sambungan yang betul.

Kemudian susun kabel dan pakukan klip timah pada kabel sebelah kiri dan seterusnya diikuti dengan sebelah kanan.




 LANGKAH 4 - Membuat penyambungan kabel "Life" pada suis dan beban


Kabel "Life" daripada punca bekalan iaitu KFA akan disambungkan ke terminal "C" yang terdapat pada suis satu hala. Kemudian pada terminal "L1" akan disambung ke beban iaitu Lampu (L1 dan L2).





 LANGKAH 5 - Membuat penyambungan kabel "Neutral" dan "Earth" 


Kabel "Neutral" dan " Earth" daripada punca bekalan akan disambungkan kepada beban lampu iaitu (L1 dan L2).




 LANGKAH 6 - Membuat pengujian litar


Langkah terakhir adalah membuat pengujian litar untuk memastikan samaada litar berfungsi ataupun tidak.




Untuk mengetahui lebih lanjut sila lihat VIDEO dibawah.. :)





PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK....

TAJUK : PENDAWAIAN SUIS SATU HALA MENGAWAL DUA LAMPU

TUJUAN PEMBELAJARAN :


Untuk memastikan pelajar mengetahui cara-cara pendawaian dan pemasangan yang betul dan sesuai seperti membuat kerja- kerja penandaan, membuat kerja- kerja mendawai, memasang alat kelengkapan pada pendawaian dan mengetahui cara untuk menguji sesuatu litar pendawaian.

Disamping itu juga, para pelajar akan mengetahui fungsi - fungsi bagi setiap komponen dan peralatan yang digunakan di dalam pendawaian suis satu hala mengawal dua lampu. Untuk mengetahui fungsi bagi setiap komponen dan peralatan sila rujuk pada entry ni.

Pertama sekali sebelum memulakan sesuatu pendawaian, para pelajar hendaklah memastikan langkah-langkah keselamatan semasa di dalam bengkel.



KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL

Keselamatan adalah suatu perkara yang sering dipandang ringan oleh semua orang, lantas langkah-langkah berjaga-jaga juga langsung tidak dipedulikan. Oleh itu, bagi memastikan keselamatan kita lebih terjamin kita perlulah mengetahui dan mengikut peraturan keselamatan  di dalam bengkel atau makmal sebelum kita memasuki sesebuah bengkel atau makmal. Selain itu, peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa ke semasa.   








LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN SEMASA KERJA PENDAWAIAN


Langkah 1: Keselamatan pada diri

 1. Perlindungan mata perlulah dijaga semasa berada di tempat merbahaya , maka kita perlulah memakai alat perlindungan mata.

2.  Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja , iaitu lengan baju yang panjang mesti digulung hingga ke atas siku.

3.  Gunakan kasut yang bertutup dan bertapak  getah semasa bekerja di dalam bengkel.

4.  Gunakan pakaian pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan.

5.  Elakkan berambut panjang , jika berambut panjang , rambut mestilah diikat atau disepit supaya tidak menganggu sewaktu membuat pendawaian.

6.  Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti jam,rantai emas, loket , cincin  dan lain-lain lagi.


Langkah 2: Keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja mendawai

1.  Keselamatan adalah merupakan sesuatu yang paling penting di dalam melakukan sesuatu pendawaian elektrik kerana ia melibatkan bekalan daripada sumber elektrik.

2.  Semasa menjalankan kerja , para pelajar hendaklah sentiassa mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan ataupun kecederaan semasa  membuat pendawaian.

3.  Semasa menjalankan kerja juga janganlah kita bersikap cuai atau tidak bekerjasama untuk memastikan tidak berlaku kemalangan yang tidak diingini.


Langkah 3 : Keselamatan semasa menggunakan peralatan dan alatan di dalam bengkel

1.  Setiap alatan perlulah digunakan dengan betul. 

2.  Jangan menggunakan peralatan yang rosak atau alat yang telah diubahsuai.

3.  Pastikan menggunakan peralatan dengan mengetahui cara penggunaanya.

4.  Pastikan menggunakan peralatan dan alat yang telah disahkan oleh SIRIM atau Suruhan Tenaga.



Contoh pemakaian semasa didalam bengkel